Kejadian buli ataupun kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar di negara ini mencatatkan
kadar peratusan yang semakin tinggi sejak akhir-akhir ini. Media cetak dan media elektronik semakin kerap melaporkan kejadian seumpama ini. Kebanyakan kejadian ini membabitkan pelajar sekolah menengah.
Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan dikhuatiri kejadian ini akan menyebabkan kejadian yang lebih buruk sehingga membabitkan kematian dalam kalangan mangsa yang terlibat. Oleh yang demikian,
pelbagai langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Pada masa ini, setiap sekolah mempunyai kaunselor sepenuh masa yang bertugas mengikut waktu pejabat. Kaunselor perlu memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menangani masalah ini. Disebabkan kebanyakan pelajar yang terlibat dalam gejala ini merupakan pelajar yang bermasalah, kaunselor perlu memberikan khidmat nasihat dan memantau kegiatan pelajar yang terbabit. Pihak kaunselor perlu
mengenal pasti masalah dan cuba mencari jalan penyelesaian. Sekiranya kaunselor memainkan
peranannya dengan berkesan, masalah ini pasti dengan mudah dapat diatasi.

Selain itu, lembaga disiplin sekolah perlu juga memainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah tidak seharusnya membebankan tugas untuk mengatasi masalah ini kepada seseorang guru sahaja. Nama pelajar yang terbabit dengan kejadian buli ataupun gengsterisme perlu direkodkan selain diberikan
amaran. Pelajar-pelajar yang terbabit secara berulang-ulang perlu dibawa ke mesyuarat lembaga disiplin untuk diambil tindakan yang sewajarnya seperti menggantung persekolahan mereka bagi jangka masa
tertentu. Hal ini pasti dapat menyedarkan pelajar tentang kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka.

Ibu bapa pula perlu mengawasi perbuatan dan tingkah laku anak-anak mereka. Hal ini boleh
dilakukan dengan mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini disebabkan kebanyakan kegiatan buli ataupun gengsterisme dilakukan secara berkumpulan dengan rakan sebaya mereka. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menjadi mangsa buli perlu mengenal pasti tanda-tanda anak mereka menjadi mangsa. Hal ini kerana kebanyakan mangsa buli sering menyembunyikan perkara ini kerana takut akan pihak yang membuli mereka.

Masyarakat juga mempunyai tanggungjawab untuk menangani masalah ini. Anggota masyarakat boleh bertindak dalam hal ini melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mereka perlu sentiasa berhubung
dengan pihak sekolah sekiranya dapat mengesan sebarang kegiatan membuli yang berlaku di luar dari
kawasan sekolah. Sekiranya masyarakat mengambil tahu akan masalah ini, pelajar yang terbabit akan berasa takut untuk meneruskan kegiatan mereka kerana berasa setiap tindak-tanduk mereka diperhatikan oleh masyarakat.

Sebagai kesimpulan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani
masalah ini. Kejadian ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Sekiranya hal ini dibiarkan tanpa sebarang
tindakan yang sewajarnya dikhuatiri gejala ini akan menjadi budaya yang diterima oleh pelajar sebagai suatu perkara yang biasa dalam kehidupan mereka. Hal ini sudah pasti akan mempengaruhi kehidupan mereka selepas menamatkan alam persekolahan nanti.

hello sir,can you give me an example of cara-cara mengharumkan nama sekolah?
ReplyDeleteAmazing karangan
ReplyDeleteHai sir! Can u give me an example of cara2 memperoleh kecemerlangan dalam akademik?
ReplyDelete