Tuesday 13 September 2011

Jenayah ragut semakin menjadi-jadi di negara kita. Berikan pendapat anda tentang cara-cara memerangi jenayah ragut. (PMR)


Sejak akhir-akhir ini jenayah ragut semakin berleluasa dan menimbulkan kebimbangan banyak
pihak. Banyak kes yang dilaporkan sering melibatkan kematian dalam kalangan mangsa ragut. Sikap masyarakat yang memandang remeh terhadap jenayah ini mengakibatkan jenayah ragut terus berlaku di negara kita. Justeru, masyarakat dan kerajaan perlu mengatur langkah untuk menangani jenayah ragut dengan segera.
Salah satu langkah untuk mencegah kejadian ragut adalah dengan mengelak diri berjalan seorang di kawasan yang sunyi dan gelap. Hal ini sedemikian kerana situasi yang sunyi dan gelap memudahkan
peragut menjalankan aktiviti mereka tanpa dilihat oleh orang lain. Bagaimanapun, jika terpaksa berjalan kaki pada waktu malam tanpa ditemui sesiapa ikutlah arah laluan yang bertentangan supaya kita dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan. Hal ini membolehkan kita bertindak awal jika merasakan  ada sesuatu yang mencurigakan.
Selain itu, kaum wanita haruslah berpakaian sesuai apabila berada di luar rumah atau pun di luar tempat kerja. Hal ini penting agar wanita mudah untuk bertindak jika menjadi mangsa ragut. Wanita yang memakai mini skirt, kain ketat dan berkasut tinggi didapati sukar untuk bertindak balas terhadap peragut. Oleh itu, pakaian yang sesuai mudah untuk bergerak pantas seperti berlari untuk meminta bantuan.
Seterusnya, masyarakat digalakkan berjalan melawan arus. Dengan cara ini, secara tidak langsung menyukarkan peragut yang menggunakan kenderaan untuk meragut. Peragut yang biasanya mempunyai modus operandi tersendiri tidak dapat bertindak kerana kita mengawasi situasi apabila berjalan melawan aras.
Sebagai kesimpulan, semua pihak perlu memainkan peranan dalam usaha mencegah,
membendung dan mengurangkan jenayah ragut seperti kata peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Dalam hal ini masyarakat harus mengabaikan bidalan jangan jaga tepi kain orang untuk
memerangi jenayah ini dan seterusnya mengekalkan ketenteraman masyarakat.

1 comment:

  1. Thanks ! So nice and creative of what you had written .....

    ReplyDelete