Tuesday 13 September 2011

MEMELIHARA WARISAN KEBANGSAAN (SPM)


MEMELIHARA WARISAN KEBANGSAAN

Pendahuluan

Menghargai sejarah dan warisan adalah suatu yang masih longgar dan tidak kukuh dalam kalangan masyarakat tempatan. Sejarah selalu dilupkan dan peninggalan warisan pula selalu diabaikan. Hal ini disebabkan ada tanggapan bahawa kedua-duanya tidak releven dengan keperluan hari ini dan masa depan. Sejarah dan warisan selalu difahami sebagai ‘benda mati’ maka kepada sesetengah orang, kedua-duanya tidak bernilai lagi kecuali sedikit sentimental kepada masa lampau. Benda-benda warisan yang ditinggalkan itu adalah kesan laluan sejarah kepada sesuatu bangsa. Tegasnya, peninggalan sejarah dan warisan merupakan aset yang mesti dipertahankan dan dijaga dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan, serta tatapan kepada generasi akan datang, di samping mampu menarik pelancong ke negara ini.

Warisan-warisan budaya dan semula jadi tidak hanya penting kepada negera, tetapi kepada seluruh dunia dan manusia sejagat. Warisan-warisan ini dianggap mempunyai nilai keunggulan sejagat. Warisan-warisan ini tidak akan dapat diganti dan kehilangannya bererti kerugian kepada manusia seluruh dunia ini. Oleh itu, sudah menjadi satu tanggungjawab bersama bagi semua pihak untuk memastikan kepentingan sejagat ini bebas daripada bahaya dan ancaman kemusnahan dan keluputan. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah dan tidakan telah diambil oleh kerajaan pusat dan negeri dalam memastikan proses pemuliharaan tinggalan bersejarah dan melestarikan nilai pelbagai warisan turun-temurun ini dirteruskan. Dalam konteks memelihara dan memulihara produk warisan, pengisytiharan yang pertama pernah diadakan di Parlimen dengan mengisytiharkan 50 butiran warisan yang diangkat menjadi Warisan Kebangsaan pada tahun 2007 bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia.

Ekoran daripada itu, pihak Kementerian Perapaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah memproklamirkan sebanyak 173 butiran warisan lagi sebagai warisan kebangsaan. Senarai tersebut terdiri daripada semua butiran warisan yang disebut dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Kewujudan daftar Warisan Kebagsaan seumpama itu membuktikan bahawa negara kita memberikan penekanan betapa peri pentingnya setiap jenis warisan. Malaysia adalah antara negara yang ke depan dalam perkara ini bersama-sama negara maju lain seperti united Kingdom dan Australia. Hal ini bukan sekadar daftar warisan, tetapi merupakan cermin kebijaksanan setempat atau ;local genius’ yang digunakan setiap hari tanpa disedari bahawa amalan itu diperturunkan nenek moyang.

Tujuan pengisythiharan ini adalah untuk memberi kesedaran kapada masyarakat kepantingan memulihara dan memelihara warisan Negara agar terus berkekalan dan menjadi warisan generasi akan datang. Majlis pengisytiharan kedua ini telah diadakan pada 14 Februari 2009 dan disempurnakan oleh Menterinya YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Victoria Institution. Sempena majlis tersebut, butiran warisan yang diisyiharkan merangkumi Tapak Warisan-monumen atau bangunan, arkeologi, dan alam semula jadi; Objek Warisan- artifak, kerja seni, manuskrip, lagu rakyat, puisi, tradisi lisan, tarian, dan seni mempertahankan diri; serta Tokoh Orang Hidup. Hal ini menunjukkan negara kita kaya dengan khazanah warisan yang terdiri daripada pelbagai adapt, budaya, dan agama KPKKW melalui agensinya iaitu Jabatan Warisan Negara (JWN) bertanggungjawab untuk mendaftarkan semua butiran warisan yang telah diwartakan (KeKKWa) ditubuhkan pada 1 Mac 2006 lantaran berkuatkuasanya suatu akta yang dikenali sebagai Akta Warisan kebangsaan 2005( Akta 645) menggantikan Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) dan Akta Harta Karun 1957 yang diguna pakai bagi perlindungan dan pemeliharaan warisan negara berkaitan barang purba, monument, dan tinggalan kebudayaan.

Akta Warisan Kebangsaan meliputi Warisan Budaya( Cultural Heritage ) yang dipecahkan kepada warisan ketara ( Tangible heritage ) dan warisan tidak ketara ( intangible heritage ), Warisan semula jadi ( Natural Heritage ), serta Warisan Budaya Bawah Air ( Underwater Cultural Heritage ). Warisan  ketara bermaskud sesuatu yang kekal dilihat dan dipegang sama ada static ( tapak tanah bersejarah, monument, bangunan, atau alam semula jadi), atau mudah alih ( artifak-artifak bahan budaya yang boleh dipindahkan. Manakala, warisan tak ketara pula merujuk warisan tidak nyata, iaitu ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tardisi memlalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan. Sebagai sebuah entity yang dipertanggungjawab untuk mempertahankan kesinambungan warisan negara, JWN berfungsi secara dinamiknya untuk menggembleng usaha kea rah memartabatkan warisan kebudayaan dan warisan semula jadi negara. Berdasarkan matlamat tersebut JWN  bertanggungjawab untuk mengekal dan dan memulihara warisan negara sama ada dalam bentuk ketara mahupun etara.

Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria turut disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan bagi ketegori Tapak Warisan ( Bangunan ) bersama-sama 16 butiran yang lain. SMK Victoria atau kini dikenali semula sebagai Victoria Institution ilah antara bangunan yang tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan kerana peninggalan warisan  seni bina, kepentingan sejarah penggunaannya, serta kejayaan sekolah itu dalam melahirkan tokoh-tokoh ulung dalam politik, ushawan, sukan dan pentadbir. Usaha untuk mengangkat martabat tapak warisan seumpama itu juga pernah dilakukan di peringkat antarabangsa, iaitu seperti tujuh monument ajaib dunia termasuklah Primaid Giza, Taj Mahal, dan Colosseum di Rom.

Soalnya mengapa dunia mengangkat bangunan-bangunan lama ini sebagai suatu yang sangat bernilai waima selepas ribuan tahun pembinaanya? Faktornya tentulah sejarah yang tercipta di sebalik binaan itu yang mempunyai hubung kiat dengan kecemerlangan silam. Di Paris, misalnya terdapat ratusan bangunan yang diwartakan sebagai warisan mempunyai sejarah tentang tamadun Perancis. Salah satunya kediaman Victor Hugo, sasterawan tersohor Perancis yang dipelihara sebagai muzium hingga kini. Padahal tidak ada keunikan di kediaman itu, tetapi kerana nilai sejarah kediaman itu yang menyumbang kepada kemasyhuran Victor Hugo. Di Negara kita, antara tapak warisan yang telah diwartakan termasuk Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak: Universiti Malaya, Lembah Pantai ;Bagunan Stadhuys dan Gereja Christ, Melaka: Istana Lama Sri Mnanti, Negeri Sembilan;Masjid Jamek Jalan Tun Perak; Masjid Kampung Keling dan Kuil Poyyata Vinagar Moorthi di Melaka serta Muzium Perak, Jalan Taming Sari, Perak.

Dari segi pengiktirafan Warisan Antarabangsa pula, Malaysia berjaya menyenaraikan dua lagi tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan bangsa bersatu (UNESCO) melalui Bandar Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang. Pengiktirafan yang diterima oleh kedua-dua Bandar raya tersebut deperoleh pada 7 julai 2008 pada persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia ke-32 yang berlangsung di Quebec City, kanada. Kejayaan kedua-dua Bandar raya tersebut yang disenaraikan bersama sebagai Bandar Sejarah Selat Melaka itu adalah suatu yang kejayaan besar bagi Malaysia khusunya Melaka dan Pulau Pinang memandangkan usaha untuk mendapat pengiktirafan tersebut telah dilakukan sejak tahun 2001. Kejayaan itu menjadikan Malaysia kini mempunyai tiga tapak warisan dunia selepas Taman Negara Mulu, Sarawak dan Taman kinabalu, Sabah yang memperoleh pengiktirafan itu bagi kategori tapak alam semula jadi pada tahun 2000. Menurut kenyataan UNESCO, pihaknya menerima 45 pencalonan bagi kedua-dua kategori tapak kebudayaan dan alam semula jadi, tetapi hanya memilih 27 daripadanya,iaitu 19 bagi kategori tapak warisan dan lapan untuk alam semula jadi.

Dari segi warisan makanan pula,terdapat pelbagai jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia yang dapat diketengahkan. Hal ini demikian kerana setiap kaum mewarisi makanan turun-temurun masing-masing dan kita tidak mahu keistimewaan sesuatu  masakan yang diwarisi oleh bangsa tertentu hilang begitu sahaja dek terdedah kepada makanan barat. Sebanyak 100 lagi makanan tradisional pelbagai kaum  di negara ini turut disenaraikan sebagai  Masakan warisan kebangsaan bagi kategori warisan tidak ketara ( makanan ) 2009 termasuk nasi dagang,nasi lemak,nasi kerabu,nasi himpit,kuih cincin,keropok,tosai dan roti canai. Sejak zaman berzaman,makanan tradisional seperti itu telah lama menjadi identity sesuatu kaum kerana keistimewaannya. Daripada lauk-pauk,kuih-muih  hinggalah makanan pembuka selera turut merentasi budaya dan bangsa di negara ini. Tegasnya, pengisytiharan warisan makanan sebagai warisan kebudayaan tidak ketara cukup signifikan dalam membudayakan masyarakat terhadap satu lagi warisan negara

Kesimpulan :

Secara tuntas,kesemua daftar warisan kebangsaan tersebut adalah bagi mengenal pasti butiran warisan yang dimiliki negara dalam usaha menyelamatkannya daripada pupus. Khazanah  berkenaan memang seharusnya dipelihara dan dipulihara supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang serta diurus tadbir dengan baik. Namun ,dalam percaturan antara nilai komersial dan warisan,sudah tentulah warisan akan tewas kepada perkiraan ringgit dan tunturan modenisasi.

No comments:

Post a Comment