Tuesday, 13 September 2011

sinopsis Kanang Cerita Seorang (PMR)


sinopsis Kanang Cerita Seorang Pahlawan

Kanang Cerita seorang pahlawan

Ia mengisahkan kehidupan seorang perajurit iaitu Kanang anak Langkau. K yang berbangsa Iban dan beragama pagan. Dia dilahirkan di Karangan Manok Nanga Meluan di Sarawak. Ketika kecil ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang bersekolah hingga darjah tida di sekolah Local Autority . selepas itu dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak ,penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu penambang/ berenjin. Pada 1962 dia berjaya dalam temuduga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker
Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniakan 6 orang anak.
Kanang meneruskan khidmatnya dengan rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskot. Pada 1966 pangkatnya ialah Lans Kopral. Pada 1973 dia berpindah ke Kem Terendak Melaka dan berkhidmat dalam Bataloin ke lapan rejimen renjer. Di sana dia menjadi ketua seksyen.
Ketika menyertai Gerakan setia 8/79 di hutan Korbu di Perak dia telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan tentera komunis. Akibatnya dia tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital . Dia terlantar di wad hospital selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa dia tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada 1980 Kanang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya menentang pengganas komunis. Pada 1981 dia dikurniakan bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Kanang meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih di sekolah tempur Pegawai Muda. Setelah itu dia dinaikkan pangkat kepada Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuartermaster Sarjan. Pada 1982 dia dilantik kejawatan Pegawai Waran II dan PW I pada 1985. Kanang bersara pada tahun 1986. Selepas bersara dia dianugerahkan Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.
















Sinopsis Kanang Cerita Seorang Pahlawan
Bab 1 ( Zaman kanak-kanak di Nanga Meluan )
  1. Kanang dilahirkan pada 1945 di Rumah Panjang Karangan Manok Nanga Meluan
  2. Kanang tidak pernah mengenali ayahnya Langkau kerana semasa dia masih kecil ibu bapanya telah berpisah
  3. Oleh sebab dia nakal , dia dihalau oleh ibunya lalu hidup berdikari di bawah jagaan datuk dan neneknya
  4. Untuk ke sekolah Kanang terpaksa berpisah dengan datuk dan neneknya.
  5. Oleh yang demikian dia hanya bersekolah sampai darjah tiga di sekolah Local Autority, Kanowit
  6. Hidup bersama datuk dan neneknya menyebabkan dia seolah-olah hidup tanpa tujuan dan cita-cita
  7. Dia lebih suka berburu di hutan dan mencari ikan
  8. Tidak takutkan buaya ( beliau percaya datuknya pernah merawat dan menyembuhkan putera raja buaya )
Bab 2 ( Anak rimba yang gelisah )
  1. semasa remaja , dia bekerja sebagai penambang, penoreh getah , tukang masak dan pengangkut arang batu milim Mr Ford
  2. dia mula menimba pengalaman hidup
  3. dia tidak mempunyai kawan rapat kerana perangainya yang panas baran
  4. datuk dan neneknyalah yang memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada Kanang kerana dia tidak mendapat kasih sayang daripada orang tuanya dengan sempurna
  5. kanang juga yakin bahawa ada satu kuasa yang berupaya membantunya semasa berada dalam kesusahan
Bab 3 ( Menjejak dunia baru )
  1. selepas membawa 20 orang anak muda ke sekolah berhampiran , Kanang mengikut mereka dan kemudiannya duduk berehat di bawah pokok
  2. pada masa inilah dia dipelawa oleh askar Inggeris untuk menjadi askar
  3. pada awalnya Kanang menolak ajakan itu tetapi kemudiannya menyambut baik pujukan askar Inggeris itu
  4. semasa menjalani temuduga , Kanang telah membawa surat sokongan daripada Mr Ford agar dia boleh memasuki Iban Tracker
  5. Kanang diterima sebagai Iban Tracker pada 1962 ( umur Kanang 17 tahun )
  6. Dalam tempoh latihan rekrut , Kanang dilatih untuk mengendalikan senjata , teknik bertempur dan cara mengesan musuh.
  7. Fikiran Kanang mulai terbuka ( sedar ) dan mengakui bahawa dunia ini begitu luas. Dia seolah-olah sudah memasuki dunia baru
Bab 4 ( Pemberontakan Brunei dan Konfrantasi )
  1. Pada 1962 Kanang berada dalam pasukan 42 Komando tentera British di Selat Tebrau
  2. Pada masa ini berlaku pemberontakan do Brunei yang dipimpin oleh Azahari
  3. Kanang dan pasukannya berjaya merampas kembali kawasan Limbang daripada pemberontak ( tamat pada 1963 )
  4. Pada masa ini berlaku juga Konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia ( berhubung dengan penubuhan Malaysia )
  5. Pasukan Kanang yang menumpang platun batalion pimpinan Leftenan Yap diarahkan mengesan jejak musuh di Kota Tinggi dan terus ke Mersing
  6. Pasukan mereka berjaya mengesan pasukan dari Indonesia. Mereka berjaya membunuh seramai 13 orang anggota dan menawan tentera yang cedera.
  7. Semasa bertugas di Lubuk Antu , Sarawak , Kanang telah berjaya menyelamatkan pegawai pemerintahnya
  8. Kanang pernah ditawan oleh tentera musuh di Siliwangi tetapi berjaya dibebaskan setelah menyamar sebagai orang awam yang pandai berbahasa Iban
  9. Sekitar tahun 1964 Kanang melalui banyak pengalaman di dalam hutan ( lebih enam bulan ) iaitu semasa bertugas di dalam pasukan 1st Royal New Zealand Army
Bab 5 ( Di ambang perkahwinan )
  1. Kanang telah bertemu lalu terpikat dengan Helen
  2. Peristiwa yang menemukan mereka ialah apabila bapa saudara bakal isterinya mengajak Kanang ke Rumah Panjang Skra Hilir
  3. Kanang berkahwin dengan Helen pada tahun 1965 di Simanggang Bahagian Kedua Sarawak
  4. Pada hari perkahwinan itu juga Kanang telah dipanggil bertugas untuk menjejak seorang anggota tentera Royal New Zealand Army yang hilang.
  5. Selepas 3 hari Kanang berjaya menemukan askar tersebut
Bab 6 ( Zaman pancaroba )
  1. Prebet Kanang diserapkan ke dalam pasukan Batalion Pertama rejimen Renjer Malaysia pada 1963
  2. Sarawak Rangers ditukar nama pada Rejimen Renjer
Bab 7 ( Bintang , isteri dan mimpi )
  1. Kanang telah berpindah ke Kem Terendak Melaka dan bertugas di Batalion Kelapan Rejimen Renjer pada 1973 sebagai ketua seksyen
  2. Pada 1974 Kanang telah dihantar berkursus PTT rendah
  3. Pada 1976 dia telah dinaikkan pangkat sebagai koperal
  4. Pada 1977 Kanang dihantar berkursus sebagai jurulatih kawad di Pusat Latihan Askar Wataniah Ipoh Perak
  5. Dia telah dikecualikan daripada kawad kerana sentiasa berpakaian kemas
  6. Kanang melahirkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan tetapi apabila dinasihati oleh pegawai pemerintahnya ( CO ) , Kanang membatalkannya
  7. Pada 1978 Kanang telah berpangkat Sarjan
  8. Dia ditugaskan membantu memimpin sebuah platun raifal dan menjadi orang kanan ketua platun
  9. Isterinya , Helen yang sukar berbahasa Melayu telah berusaha memperbaiki diri dengan bergaul sesama anggota BAKAT dan akhirnya berjaya menyesuaikan diri.
  10. Kanang percaya pada pantang larang yang diamalkan oleh kaum Iban. Antaranya jangan membunuh kijang dan beberapa perkara berkaitan dengan ular melintas , sarang labah-labah dan burung raja udang
  11. Pada setiap kali mahu masuk ke hutan Kanang akan menyembelih ayam jantan diiringi dengan jampi serapah yang biasa diamalkan oleh keturunannya.
Bab 8 ( Agi Idup Agi Ngelaban - 1979 )
  1. Selepas membersihkan peralatan tentera yang dibawanya dalam gerakan di Ulu Piah , Kanang kepenatan dan tertidur. Kanang bermimpi parangnya patah tetapi dapat disambung semula
  2. Kanang mendapati bahawa mimpinya membawa maksud yang tidak baik. Dia menyuruh isterinya membeli ayam untuk dijadikan korban dan membaca jampi serapah unruk mengelakkan diri daripada kecelakaan
  3. Kanang diperintahkan terlibat dengan suatu operasi di Hutan Korbu, Perak
  4. Tujuan operasi ini ialah menghapuskan saki baki komunis pimpinan Nam Yat yang memiliki keanggotaan antara 30 hingga ke 40 orang tetapi lengkap bersenjata
  5. Melalui maklumat yang diperolehi petempatan komunis ini dikawal dengan ketat dengan jerangkap samar
  6. Operasi ini disertai oleh Kompeni Raifal dan kumpulan Risik Tempur diketuai oleh Leftenan Kolonel C.A Loone
  7. Setelah beberapa hari melakukan intipan berlaku pertempuran tetapi pengganas berjaya melarikan diri
  8. Pihak tentera mengadakan kesan jejak dalam kumpulan kecil
  9. Kanang bermimpi lagi bahawa dia pergi ke rumah seorang Pak Haji dengan membawa seekor ayam sabung. Pak Haji ini menyatakan ayam Kanang boleh menang tetapi agak sukar.
  10. Kanang memaklumkan akan mimpinya kepada anak buahnya dan berharap agar mereka berhati-hati
  11. Pada hari Gawai , berlaku pertempuran. Di pihak tentera Renjer Baharuddin telah terbunuh dan Koperal Michael tercedera.
  12. Pada masa ini Kanang berjaya membunuh dua orang anggota komunis dan pasukannya berjaya membunuh dua lagi selepas itu
  13. Selepas operasi ini Kanang mula memikirkan keberkesanan peranan pegawai pemerintah dan pentingnya peranan pemandu/ orang asli bagi menjejak komunis


Bab 9 ( Dugaan kedua )
  1. 1980 , Kanang terlibat dengan Gerakan Pukat di Tanah Hitam, Perak bagi mengesan musuh yang telah menyerang hendap anggota RAMD
  2. Kanang selaku pakar mematikan jerangkap samar menjejak musuh berjumlah 10-12 orang
  3. Serangan dilakukan tetapi pengganas berjaya melarikan diri
  4. Pada hari ke 10 dua orang renjer telah terkena jerangkap samar
  5. Keesokannya pasukan Kanang ditembak oleh musuh
Bab 10 ( Mati hidup semula )
  1. Anggota Batalion Kelapan Rejimen Renjer di Kem Sulva Line dalam keadaan sugul kerana rakan mereka cedera parah.
  2. Puan Josephine memberi khabar malang itu dengan penuh hati-hati kerana bimbangkan anggota keluarga mereka tidak dapat menerima berita buruk
  3. Semua keluarga menerima berita dengan tenang tetapi Helen jatuh pengsan
  4. Kanang telah koma selama seminggu. Dalam masa ini Kanang berasa bahawa di sudah berada di alam yang lain
  5. Selepas sedar helen menjaga Kanang siang dan malam
  6. Kanang teringat peristiwa pasukan mereka diserang oleh musuh. Dia melanggar pantang apabila meneruskan serangan walaupun mendengar suara kijang. Dia ditembak pada bahagian perutnya dan cedera parah
  7. Kanang menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi ( ICU )selama sebulan
  8. Kanang terpaksa dirawat di hospital selama setahun kerana kecederaannya
  9. Berdasarkan keberanian dan kegigihannya berjuang dalam operasi itu Kanang telah menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada tahun 1981
Bab 11( Ke mana selepas ini )
  1. Kanang telah bertukar tempat bertugas di Sekolah Tempur Pegawai Muda sebagai jurulatih
  2. Pada Mei 1981 Kanang dinaikkan pangkat menjadi Staf Sarjan yang bertanggungjawab terhadap bantuan logistik
  3. Kanang menerima anugerah Pisau ATM sempena hari ATM ke- 48
  4. Dia menjadi jurulatih pada 1982 di PSTD
  5. April 1982 menjadi Sarjan Mejar
  6. Ogos 1985 – Pegawai Waran 1 ( Sarjan Mejar Rejimen )
  7. 1986 – bersara dan menjalani hidup sebagai orang awam di Rumah Panjang Skra Hilir

Kanang ( persoalan )

Persoalan / Isu
  1. adat isitiadat masyarakat Iban
- Kanang anak Langkau yang berketurunan Iban sangat percaya kepada pantang larang mengenai hutan dan haiwan di dalamnya
- Sebagai contohnya sekiranya kijang berbunyi semasa melakukan sesuatu pekerjaan ia bermaksud sesuatu yang tidak baik akan berlaku
- Kanang meneruskan pertempuran semasa menyerang dan menjejaki anggota komunis yang melarikan diri tetapi akhirnya tertembak dalam pertempuran
  1. keberanian melawan musuh
- Kanang begitu berani dan sentiasa berada si barisan hadapan ketika berhadapan dengan musuh di Hutan Korbu Perak
- Kanang menyertai aktiviti menjejaki musuh yang terdedah kepada bahaya
- Mahir dalam menjejaki jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis bagi mengelakkan anggota pasukannya tercedera
  1. semangat juang yang tinggi
- Kanang tetap mempunyai semangat juang yang kental dan tinggi kerana sanggup menjalankan tugas pada hari perkahwinannya iaitu mencari anggota Royal New Zealand Army yang hilang
- Terkena tembakan musuh dan cedera parah sehingga koma selama seminggu dan menerima rawatan selama setahun



persoalan dalam Kanang
  1. keberanian melawan musuh ( penggganas komunis ) –
  2. bersikap ikhlas dan komited serta tegas semasa menjalankan tugas
  3. pembentukan peribadi seseorang yang diperolehi daripada pengaruh keluarga
  4. pantang larang dan kepercayaan dalam masyarakat Iban
  5. semangat setia kawan dan sepasukan yang kuat
  6. menyelesaikan masalah dengan bijaksana
  7. ketabahan dan kesabaran isteri seorang anggota tentera
  8. penghargaan dan jasa dan pengorbanan perajurit yang mempertahankan negara

 

Watak sampingan dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan
Helen Latai anak Intie
- seorang yang tabah dan sabar
o sentiasa tabah dan sabar terutama apabila berdepan dengan pelbagai dugaan. Helen menjaga Kanang dengan penuh setia sepanjang Kanang dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami semasa pertempuran dalam Gerakan Setia Khas pada tahun 1980
- seorang yang berdaya usaha
o sentiasa berusaha memamjukan diri dengan mempelajari sesuatu yang baru. Helen mempelajari bahasa Melayu melalui pergaulan dan pengalaman seharian bercampur dengan masyarakat Melayu
- seorang yang pelupa dan lemah semangat
o mudah pengsan kerana terpaksa melalui pengalaman yang pahit. Selepas suaminya cedera parah , Helen menjadi wanita yang pelupa , lemah semangat serta selalu pengsan

Kanang ( nilai )

Nilai
  1. kebijaksanaan
- bertindak bijak pada setiap masa dan pada saat kritikal.
- Kanang bijak menggunakan taktik untuk mengesan musuh dan bertahan semasa serangan hendap oleh pasukan musuh di Hutan Korbu
- Sikap panik dan terburu-buru akan mendatangkan kesan buruk
  1. bertimbang rasa
- sebagai ketua kita perlu bertimbang rasa terhadap orang bawahan dan memahami permasalahan orang bawahan/ orang lain
- Kanang yang baru pulang dari Batu Lintang telah diminta bertugas oleh KSM berjaga malam walaupun terlewat sampai kerana masalah kenderaannya yang terlibat dengan kemalangan
  1. Patriotik
- mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan peribadi
- Kanang sanggup masuk ke hutan untuk menjejaki askar dari pasukan Royal New Zealand Army walaupun pada hari perkahwinannya
  1. bertanggungjawab
  2. simpati dan belas kasihan
  3. kesabaran
  4. bekerjasama

Kanang ( plot )

PLOT
Permulaan
- Kanang menghadapi kesusahan hidup kerana ayahnya berpisah dengan ibunya semasa dia masih kecil.
- Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknyaa selepas dihalau oleh ibunya kerana terlalu nakal
Perkembangan
- sewaktu remaja Kanang melakukan pelbagai kerja sendiri seperti menoreh getah, tukang masak dan mengangkut penumpang dengan sampan.
- Dia diterima menjadi anggota tentera sebagai Iban Tracker.
- Dia berkahwin dengan Helen
Perumitan
- kanang berjuang menentang tentera Indonesia sewaktu zaman konfrantasi
- berlaku beberapa pertempuran dengan pengganas komunis di dalam hutan dan dia berjaya membunuh beberapa orang pengganas komunis
klimaks
- dalam suatu pertempuran Kanang mendapat cedera parah dan tidak sedarkan diri
- dia terlantar dihospital selama setahun
peleraian
- selepas sembuh kanang meneruskan perkhidmatannya dalam tentera sehingga 1986 dengan pangkat Pegawai Waran 1.

Kanang Cerita Seorang Pahlawan ( tema/ persoalan )

KANANG : CERITA SEORANG PAHLAWAN
TEMA
Keberanian dan semangat kental seorang askar/ pejuang dalam perjuangan untuk menghapuskan pengganas komunis .
PERSOALAN
1. kegigihan
2. semangat cinta akan negara
3. semangat juang yang tinggi
4. Disiplin semasa bertugas
5. ketahanan mental dan fizikal
WATAK/ PERWATAKAN
Kanang
- berketurunan Iban
- beragama pagan / tidak beragama /
- ayah dan ibunya berpisah sewaktu dia masih kecil
- dipelihara datuk dan neneknya selepas dihalau oleh ibunya
- berkahwin dengan Helen Latai anak Intie
- mempunyai 6 orang anak
- pemarah/ panas baran – pernah menumbuk Kompeni Sarjan Mejar kerana berasa berang atas tindakan KSM yang mengarahkannya bertugas sebagai pengawal malam walaupun baru pulang dari Batu Lintang Kuching
- cinta akan tanah air – Kanang sanggup berjuang bermati-matian dalam setiap operasi seperti Operasi di Hutan Korbu Perak walaupun sukar menjejaki pasukan musuh
- penyayang – menyayangi isterinya Helen dan sentiasa membawa isterinya ketika bertugas di Kem Terendak Melaka dan di tempat-tempat dia ditugaskan
- bertanggungjawab dan mematuhi arahan – Kanang sanggup meninggalkan isterinya ketika baru berkahwin untuk menjalankan tugas mencari anggota tentera pasukan Royal New Zealand Army yang hilang
- berani – sentiasa berada di barisan hadapan dalam setiap serangan atau pertempuran pasukannya dengan pengganas komunis
- kuat berpegang pada kepercayaan tradisi dan pantang larang – membuat persembahan berupa ayam jantan untuk mengelakkan nasib malang sebelum pergi operasi diiringi dengan jampi serapah setiap kali memasuki hutan
- bertanggungjawab dan berdedikasi
- mempunyai semangat juang yang tinggi
Helen Latai anak Intie
- isteri Kanang
- penyayang – Helen begitu meyayangi suaminya Kanang dan sanggup menjaga dan merawat Kanang yang cedera akibat terkena peluru musuh dan terlantar di hospital selama seminggu
- lemah semangat – pengsan apabila mendengar berita daripada Puan Josephine yang mengatakan suaminya terkena tembakan dan cedera parah
- mengambil berat – setia kepada suami tanpa mengenal penat dan lelah dissmping memahami tugas suami yang terdedah kepada bahaya
- pandai menyesuaikan diri- walaupun berbangsa Iban tetapi beliau dapat hidup dan saling bergaul dengan isteri anggota tentera lain yang berada di kem dan melalui aktiviti BAKAT
LATAR
LATAR MASA
- waktu siang , subuh, pagi , petang , senja , malam
- sejak Kanang masih kecil sehinggalah beliau bersara
LATAR TEMPAT
- Nanga Meluan
- Sekolah Local Autority
- Sekolah Latihan Peperangan Hutan , Ulu Tiram, Johor
- Lapangan Terbang Changi , Singapura
- Mersing , johor
- Sungai Kanowit
- Hutan Korbu , Perak
- Sungai Cheor
- Simanggang , Lubuk Antu
- Sungai Batang Lupar
- Kem Terendak Melaka
- Markas Taktikal 8 Renjer , Ipoh
- Sri Aman
- Muzium Angkatan Tentera
- Kompleks Kementerian Pertahanan
- Rumah Panjang Samy , Skra Hilir
LATAR MASYARAKAT
- Masyarakat Iban di pedalaman negeri Sarawak
- Masyarakat yang masih berpegang pada adat resam dan kepercayaan

1 comment:

  1. ¬ hal yg tidak pernah terbayangkan kini menjadi kenyataan,dengan keluarga saya untuk AKY SANTORO kami ucapkan banyak terimah kasih karna berkat BANTUAN AKY SANTORO ALHAMDULILLAH keluarga kami bisa lepas dari segala HUTANG HUTANG. karna nomor togel yang di berikan KY SANTORO YAITU-4D. nya BENAR BENAR TERBUKTI TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN.125 juta.ALLHAMDULILLAH saya bisa menutupi semua tuhang hutang saya.dan MOTOR saya yg dulunya aku gadaikan,kini sudah di tebus kembali.dan kami juga sudah membuka usaha kecil kecilan,kami tidak menduga KY SANTORO TELAH MERUBAH NASIB KAMI DALAM SEKEJAP.dan hanya AKY SANTORO Lah DUKUN TOGEL YANG PALING BERSEJARAH DI KELUARGA KAMI.ini adalah benar benar kisah nyata dari saya.dan saya tidak malu menceritakannya.semua tentang kesusahan yg perna saya jalani.karna di situlah saya mulai berfikir bahwa mungkin masih banyak saudara kami yg membutuhkan bantuan seperti saya.yang ingin seperti saya silahkan hub AKY SANTORO DI NOMOR(_0823_1294_9955_)Atau KLIK DISINI



    DI JAMIN 100% TEMBUS.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI.DAN SAYA SANGAT YAKIN BAHWA ANGKA GHOIB YANG DI BERIKAN KY SANTORO DAPAT MERUBAH NASIB ANDA SEPERTI SAYA.SEBELUMNYA SAYA MOHON MAAF KALAU ADA PERKATAAN SAYA YANG KURANG SOPAN.TOLONG DI MAAF KAN.TERIMAH KASIH.THANK'Z ROOMX ZHOBATH.!!!

    ReplyDelete