Monday 12 September 2011

Kelemahan Institusi keluarga(PMR)


Kelemahan Institusi keluarga

Dikarang oleh cikgu ulaga.

ISI : konflik atau krisis yang melanda sesebuah rumah tangga

Konflik atau krisis yang melanda sesebuah rumah tangga turut meninggalkan pelbagai implikasi negatif ke atas remaja.Konflik rumah tangga yang berlaku antara ibu bapa sering kali berakhir dengan tragedi penceraian. Rentetan itu, anak-anak atau remaja yang tidak berdosa acap kali menjadi mangsa. Ibu bapa era tamadun saintifik hari ini telah melupakan akan kepentingan cogan kata yang berbunyi  Rumahku Syurgaku ,keluarga bahagia dan Masyarakat penyayang sehingga merintis kesempatan kepada remaja untuk terperosok dalam pelbagai delinkuen sosial. Ibu bapa yang sudah tidak sehati sejiwa dan tidak menjadi uswah hasanah untuk diteladani.Keadaan keluarga yang porak-peranda boleh mengakibatkan remaja memilih jalan yang kurang sihat untuk mencari ketenangan. Keadaan sebegini sudah semestinya akan membangkitkan perasaan benci,marah dan malu di dalam jiwa remaja sehingga mendorong mereka mencari serta memilih jalan penyelesaian negatif dengan terjebak dalam.................................................................................................


Isi : Sikap ibu bapa yang terlalu mempercayai dan memberi kebebasan mutlak kepada remaja.

-          Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu mempercayai dan memberi kebebasan mutlak kepada remaja turut mengakibatkan pelbagai keboprokan akhlak. Lahirnya seorang insan yang kamil,kreatif,inovatif,progresif dan agresif adalah tersandar sepenuhnya pada bahu ibu bapa. Namun begitu,tindakan segelintir ibu bapa pada zaman digital ini yang sering kali mempertahankan segala kesalahan dan keterlanjuran anak-anak sudah jelas akan merintis peluang serta ruang kepada remaja untuk bertindak lebih liar melampaui batas-batas kemanusiaan dan keagamaan. Selain itu, kesanggupan dan kesediaan ibu bapa untuk memenuhi segala aspirasi dan permintaan anak-anak sudah pasti akan memberi laluan mudah kepada segelintir remaja untuk bertindak mengikut naluri serta emosi.Ironinya,anak-anak menjadi terlalu manja dan tidak lagi mengendahkan teguran ibu bapa serta mula terjerumus dalam pelbagai kebejatan sosial....................................


   
Isi :Ibu bapa sibuk menghambat kekayaan dan kemewahan

- Marcapada ibu bapa terlalu rakus mengejar kekayaan dan kemewahan di dunia yang penuh dengan pancaroba ini. Keghairahan ini mengakibatkan mereka mengabaikan tanggungjawab untuk mentarbiah dan meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa menjadi terlalu sibuk sehingga anak-anak di rumah terabai dan terbiar.Anak-anak yang umpama sehelai kain putih tidak dicorak oleh ibu bapa. Natijahnya ,anak-anak mengalami kekosongan jiwa dan dimomokkan dengan pengaruh luaran seperti pengaruh negatif rakan sebaya.Rentetan itu,pemirkiran remaja diracuni dan akhirnya mereka terjebak dalam pelabagai masalah sosial yang boleh meranapkan masa depan remaja.Oleh itu,sikap ibu bapa yang materialistik dan individualistik menyebabkan anak-anak terlibat dalam............................................
                                                                                              

  

Peribahasa :


Bak nyiru bak tampian,bak guru bak anak sasian

Maksud : anak murid akan mencontohi sikap guru yang tidak baik.

No comments:

Post a Comment