Tuesday 13 September 2011

Perana ibu bapa dalam mengatasi gejala sosial (SPM)


Satu sensasi yang kian mengumpan fokus orang ramai dan menjadi bualan atau mauduk yang semakin hangat sama ada dalam forum, seminar dan ceramah atupun dalam sidang Dewan Parlimen ialah dunia remaja sering terdedah kepada pelbagai gejala sosial.Oleh hal yang demikian, langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial mestilah dilaksanakan dengan segera supaya negera kita tidak dicemarkan dengan perlakuan vandalisme, lumba haram dan buli sehingga negara kita diruntuhkan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

         Sebagaimana yang kita sedia maklum, antara stategi dan formula ampuh untuk mengelakkan remaja sendiri daripada terlibat dalam gejala sosial ialah ibu bapa harus mengasuh, membimbang dan mendidik anak-anak dengan konsep dan persepsi yang positif sejak kecil. Ibu bapa merupakan insan yang paling berpengaruh untuk membentuk  sahsiah anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mungkin ibu bapa lebih faham akan anak-anak mereka dan gunakan pendekatan yang lembut atau tegas asalkan mereka yang beroleh kejayaan.

         Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang menampikan sikap, perlakuan dan pertuturan yang sopan dan mulia kepada anak-anak mereka. Dalam konteks ini, anak-anak akan menjejaki langkah ibu bapa yang menjadi idola dan ikon mereka dalam kehidupan seharian. Maka, anak-anak akan berbudi bahasa, berhemah tinggi dan berakhlak mulia seperti ibu bapa kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

          Di samping itu, ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih sayang seteguh Tembok China dan seindah Taj Mahal yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Dengan cara ini, ibu bapa bukan sahaja dapat membentuk institusi kekeluargaan bertujangkan harmoni, bahkan boleh melahirkan anak yang menghormati golongan yang lebih tua dan mengasihi golongan yang lebih muda. Tambahan pula, anak yang didewasakan dalam keluarga yang penuh kasih sayang tidak akan menghampakan atau menyakitkan hati anggota-anggota keluarga yang lain dengan tidak terjebak dalam kegiatan negatif dan sejajar dengan slogan diuar-uarkan oleh kerajaan,”Rumahku Syurgaku”.

          Daripada sudut pengamatan yang lain, ibu bapa mestilah meluangkan masa yang berkualiti dicelah-celah kesibukan untuk memahami, menyelami dan menjiwai perasaan dan keperluan mereka. Dengan ini, mereka dapat mengentalkan perasaan, menstabilkan emosi dan menyenangkan otak minda untuk menganalisiskan kesan negatif gejala sosial. Dalam konteks ini, mereka akan dapat menghadapi dan menempuhi kehidupan yang penuh dengan duga, anak, ranjau dan pacaroba dengan menghindarkan diri daripada kegiatan-kegiatan negatif dan berpegang teguuh kepada prinsip buat berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.

          Daripada aspek yang lain, ibu bapa harus memberi pendidikan agama dan moral yang sempurna kepada anak-anak pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, pendidikan agama dan moral merupakan benteng pertahanan kerohaniah bagi seseorang. Ibu bapa tidak mungkin berteman anak- anak sepanjang hayat tetapi boleh menyalurkan pendidikan agama dan moral yang tak hujan dek sejuk, tak lekang dek panas ini kepada anak-anak dijadikan pedoman kehidupan yang seterusnya kerana ibu bapa merupakan pencorak yang mewarnakan dunia anak-anak yang seperti kain putih.

          Sebagai konklusinnya, peranan ibu bapa amatlah penting untuk membentuk peribadi remaja. Sekiranya kita rakyat Malaysia tanpa mengira usia, jantina, bangsa dan agama berganding bahu untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial dengan seia, sekata, sehati dan sejiwa, bilangan kes gejala sosial pasti akan dikurangkan dan negara kita akan dipenuhi dengan kasih sayang mengikuti dengan mekahirkan bakat-bakat dalam semua bidang. Oleh itu, marilah kita membentuk sesuatu suasana yang aman dan damai dengan bekerjasama kerana muafakat membawa berkat.

No comments:

Post a Comment