Tuesday 13 September 2011

Ramalan Karangan (PMR)


C.         LANGKAH

1.           Amalan Rumah Terbuka Pada Musim Perayaan.
Huraian :
a)        Kunjung-mengunjung pada musim-musim perayaan.
b)        Memberikan peluang kepada rakyat untuk memahami adat dan budaya pelbagai kaum.
c)        Mengeratkan tali persaudaraan dan persahabatan.
d)  Mengikis perasaan syak wasangka dan sentimen perkauman.
e)  Mendidik rakyat untuk hidup bersatu padu.

2.  Merapatkan Jurang Perbezaan Ekonomi
Huraian :
a)  Semua kaum diberi peluang yang sama menceburkan diri dalam bidang ekonomi.
b)  Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama.
c)  Pengenalan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional untuk mengurangkan kadar kemiskinan.
d)  Rakyat hidup dalam keadaan yang gembira dan harmoni.
 
3. Penggunaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Rasmi Negara.
Huraian:
a)  Penggunaan bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat.
b)  Memudahkan komunikasi dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.
c)  Komunikasi yang berkesan membentuk masyarakat yang saling memahami.
d)  Rakyat hidup bersatu padu tanpa sebarang sentimen perkauman.

D. KESIMPULAN

a. Perpaduan perlu bermula daripada setiap individu.
b. Perpaduan ialah hadiah yang tidak ternilai dan menjadi simbol kemanusiaan masyarakat.
c. Kita mestilah bersepakat dengan satu suara yang merangkumi semua kaum di Malaysia.
d. Perpaduan menjadi  sauh yang mengikat kuat sesebuah negara.

Peribahasa Cadangan :        1.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
                                                    2. Muafakat membawa berkat.
                                                    3. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
                                                    4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.


No comments:

Post a Comment