Tuesday 13 September 2011

Perpaduan Kaum (PMR)


A.         PENDAHULUAN
1.           Perpaduan bererti ikatan persaudaraan yang kukuh antara anggota masyarakat yang mewujudkan
             suasana harmonis.
2.           Perpaduan ialah asas untuk kita membina keluarga, masyarakat dan negara yang utuh.
3.           Perpaduan merupakan asas keutuhan sesebuah negara khususnya bagi Malaysia yang mempunyai            rakyat berbilang kaum.
4. Cabaran utama Wawasan 2020 ialah perpaduan kaum.
5. Perpaduan kaum perlu diperkukuh dalam usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020.

B. KEPENTINGAN
1. Perpaduan Dapat Menjamin Kestabilan Politik Dan Keamanan Negara.
Huraian :
a)  Sekiranya rakyat bersatu-padu, negara aman damai.
b)  Negara yang aman ialah negara yang bebas daripada kekacauan, rusuhan dan peperangan.
c)  Perpaduan menjamin kehidupan yang tenteram, bahagia dan selamat.
d)  Malaysia akan diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara yang selamat.

2.  Perpaduan Menjadi Asas Pembangunan Negara.
Huraian :
a)  Perpaduan rakyat memudahkan kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai projek
pembangunan.
b)  Sekiranya rakyat hidup bersatu-padu, matlamat Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan mudah.
c)  Rakyat dapat menggembleng tenaga untuk meningkatkan produktiviti negara.
d)  Rakyat dan negara dapat menikmati kemakmuran ekonomi serta sosial.

3. Perpaduan Dapat Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Negara.
Huraian:
a)  Perpaduan rakyat mewujudkan suasana yang sihat dan selamat.
b)  Menggalakkan kemasukan pelabur dan pelancong asing.
c)  Menyumbangkan pendapatan yang lumayan kepada negara.
d)  Meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi penyediaan peluang pekerjaan yang begitu banyak.
e)  Menyumbangkan pendapatan kepada rakyat.

4. Perpaduan Penting Untuk Menaikkan Imej Negara Di Persada Antarabangsa.
Huraian:
a)  Malaysia berhasrat menjadi negara perindustrian, pelancongan dan pendidikan yang terkemuka.
b)  Dunia perlu mengakui keselamatan dan keamanan Malaysia.
c)  Dengan itu, perpaduan rakyat adalah sangat penting.
d)  Perpaduan rakyat penting untuk menjadikan Malaysia popular dan terkemuka.
e)  ‘Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan negara-negara maju di dunia.

No comments:

Post a Comment