Monday 12 September 2011

Peranan ibu bapa(PMR)


Peranan ibu bapa.

IB -6

1.suri teladan yang baik

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan  teladan yang baik kepada anak-anak untuk _____________. Suri teladan ibu bapa  mampu membentuk sahsiah  anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.  Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi.   Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak  akan mencanai generasi  muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.
2. didikan agama dan moral
Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang remaja daripada masalah sosial . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.  Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.  Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.
3.pengawasan dan pemantauan
Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk mengawasi pergerakan anak-anak agar mereka tidak____________. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini  terjadi demikian kerana  banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar.  Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia,  remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya.  Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak  yang mulia sehingga berjaya.
4.kasih sayang
Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna  dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak agar ____________.  Anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh  gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai  menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka.  Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. .Ternyata keluarga yang harmoni  berdominan untuk  membanteras kegiatan negatif.
5.masa
Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak___________. Percayalah ,anak-anak berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka .Tamsilannya,ibu bapa membawa anak-anak melancong,beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari,ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka ,jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.

Contoh pendahuluan :
Remaja,

Ingatlah masa depanmu,

Kenanglah,

Jasa ibu dan ayahmu,

Susah payah mereka membesarkan kita.


            Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa. Umum mengetahui,para remaja marcapada terlalu leka dan lalai dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen sosial sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Justeru,ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah pertuturan dianggap formula yang cukup mujarab bagi  mengatasi masalah dalam kalangan remaja.

1 comment: